Pages

Sunday, May 10, 2009

PESERTA PPIM NAIB JOHAN PERTANDINGAN PIDATO BELIA PERINGKAT NEGERI SABAH

8 Mei 2009 mencatatkan lagi sejarah dalam PPIM apabila peserta yang mewakili PPIM, Norfadzielah Atiqa Bt. Mohd Salim seorang pelajar Tingkatan Enam Atas, SMK Membakut II, Membakut, Sabah telah dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Pidato Belia Peringkat Negeri Sabah. 3 orang peserta mewakili PPIM iaitu Norfadzielah Atiqa Bt. Mohd Salim, Azilah Bt. Mohd Jaafar yang juga pelajar SMK Membakut II dan Noraishah Bt. Ansar dari SMK Bongawan II, Papar, Sabah. Pertandingan ini telah disertai oleh 14 orang peserta belia yang berumur 15 - 40 tahun. Tujuan pertandingan ini diadakan ialah untuk pemilihan peserta ke Pertandingan Pidato Belia sempena Sambutan Hari dan Minggu Belia Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Melaka pada 15 Mei 2009. Johan peserta belia mewakili Pantai Barat, membawa pulang hadiah RM 1000 serta sijil dan mewakili Negeri Sabah ke Peringkat Kebangsaan. Norfadzielah Atiqa selaku Naib Johan menerima Hadiah berupa wang tunai RM750 serta sijil penyertaan dan peserta dari Persatuan Belia Suara, Tuaran mendapat tempat yang ketiga membawa pulang RM500 dan sijil. Semua peserta dihadiahkan sijil penyertaan.

2 comments:

Suhailee Sulaiman said...

Salam.

Dijemput melayari Laman Web Komuniti Membakut:

http://www.membakut.info

Penyertaan anda amat dialu-alukan.
Terima kasih.

safuan said...

Tahniah kpd peserta PPIM..nape gambar damit banar?