Pages

Sunday, January 22, 2012

MESYUARAT JK PENTADBIR PPIM PN SABAH 1/2012








Bermula jam 10 pagi tanggal 21 Januari 2012, PPIM Perhubungan Negeri Sabah memulakan tahun 2012 dengan mesyuarat JK pertama di Urusetia PPIM PN Sabah di Aras 2, Wisma Wanita, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah. Antara agenda yang dibincangkan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2012-2013 dan Mesyuarat Agung Tahunan PPIM PN Sabah kali ke 18 yang akan dilangsungkan di Wisma Wanita pada 25 Februari 2012 kelak. Bagi Aktiviti 2012, setiap unit seperti Unit Latihan & Penilaian, Unit Pembangunan Pelajar, Unit Pemimpin, Unit Pembangunan Belia, Unit Sambutan & Keraian membentangkan hasil perbincangan dan penyelarasan aktiviti yang telah dilaksanakan pada 24 & 25 November 2011 yang lalu, dicadangkan untuk dilaksanakan pada 2012-2013 pada mesyuarat kali ini . Hanya sedikit penyelarasan dan perubahan dilakukan. Insyallah, akan dimasukkan TAKWIM 2012 setelah dimurnikan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha Kehormat PPIM PN Sabah Puan Dg Rukayah Hj Ag Mahmun yang diberi mandat oleh Pengerusi PPIM PN Sabah Puan Hjh Rosnah Hj Mohd Juni yang berada di luar negeri pada ketika ini. Mesyuarat berakhir pada jam 2.00 petang dengan bacaan Surah al Asr' dan tasbih Kifarah.

Tuesday, February 15, 2011

KURSUS ASAS TAHAP 1 SIRI 1/2011

KURSUS ASAS TAHAP 1 SIRI 1/2011 @ SMK SIKUATI II, KUDAT

Tarikh 02 hingga 05 Februari 2011 mencatatkan satu lagi aktiviti Unit Latihan & Penilaian di mana 30 guru pemimpin menghadiri Kursus khas untuk pentauliahan guru pemimpin ini. Guru-guru pemimpin ini datang dari 3 daerah; Daerah Kota Marudu, Kota Belud dan Kudat dalam Bahagian Pantai Barat Utara. 10 orang guru pemimpin sekolah rendah dan 20 orang sekolah menengah. Selaku salah seorang ahli jawatankuasa Pentadbir PPIM, Puan Hajah Rosmih NC Jamari, telah menyediakan lokasi kursus dan persiapan yang lain di SMK Sikuati II, Kudat, Sabah.


Kursus ini telah dikendalikan oleh Jurulatih PPIM Negeri Sabah yang diketuai oleh Puan Hjh Rosnah Hj Mohd Juni, Puan Dg Ku Saadiah Hj Ampuan Alimat (yang juga bertindak selaku Penyelaras Kursus), Cik Halimah Abd Rahman, Puan Asmah Salleh, Cik Junndiah Majit, Puan Dg Ku Norizam Hj Ampuan Yusof, Puan Mariam Hj Aming, Puan DK Rosni Hj Pg Simpul dan Puan Hjh Saripah Hj Ghul Hassan. Turut hadir ke lokasi ialah Cik Noorazian Agus. Kursus kali ini mendapat bantuan daripada 4 Skuad sukarelawan Puteri dan 2 sukarelawan Putera yang merupakan pelajar SMK Matunggong, SMK Teknik, Kudat dan SMK Kota Marudu.

Kursus ini walaupun dalam bilangan yang agak kecil dari segi penyertaan namun kesuggguhan guru-guru pemimpin mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai PPIM amat memberikan semangat kepada semua baik kepada Jurulatih mahupun sesama mereka sendiri, apatah lagi kursus ini diadakan semasa cuti tahun baru cina. Para Peserta yang tepat masa dan sentiasa memberi perhatian yang penuh kepada bahan kursus yang disampaikan memberikan kejayaan yang amat bermakna kepada kursus ini.

Majlis Penutupan Rasmi Kursus ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Maimunah Haji Suhaibul, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Beliau amat menghargai kehadiran guru pemimpin yang sanggup mengorbankan cuti mereka demi menghadiri majlis ilmu seumpama ini dan berharap ilmu yang mereka dapat akan dipraktikkan bila pulang ke sekolah masing-masing kelak. Terdahulu daripada itu mengucapkan tahniah di atas kejayaan kursus ini dan mengucapkan syabas atas kejayaan mengadakan mesyuarat penubuhan penaja bagi cawangan, PPIM Perhubungan Daerah Kudat yang dipengerusikan oleh Puan Rokiah Binti Hj Hashim (SMK Abd Rahim); Daerah Kota Marudu oleh Puan Suati Binti Musah ( SK Ranau, Kota Marudu) dan Puan Siti Rohaya Binti Sudiro (SMK Usukan) mempengerusikan PPIM Daerah Kota Belud. Manakala Pengerusi bagi PPIM Perhubungan Bahagian Pantai Barat Utara ialah Puan Hajah Rosmih NC Jamari, Pengetua SMK Bengkongan, Kota Marudu, Naib Pengerusi PPIM Perhubungan Bahagian ialah Puan Sharina, Pengetua SMK Bandau, Kota Marudu.

Puan Hajah Rosnah hj Mohd Juni, Pemangku Pengerusi PPIM Negeri Sabah merangkap Pengerusi Penganjur amat berpuas hati dengan prestasi para peserta dan para jurulatih serta urusetia yang mempu melaksanakan kursus ini dengan baik sekali walaupun dalam tempoh masa yang agak singkat. Beliau amat berterima kasih kepada Timbalan Pengarah Pelajaran yang sudi meluangkan masa merasmikan kursus tersebut dan berharap pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sabah memberikan sokongan padu kepada PPIM Perhubungan Negeri Sabah bagi membolehkan PPIM di sekolah sekolah seluruh negeri Sabah dapat dilaksanakan selaras dengan kurikulum dan menjadi unit beruniform yang disegani dan disayangi.

Wednesday, September 1, 2010

KURSUS ASAS TAHAP 2 : KEMAHIRAN & KURSUS ASAS TAHAP 1 PPIM NEGERI SABAH 3/2010

PPIM PERHUBUNGAN NEGERI SABAH akah mengadakan Kursus Asas Tahap 1 & 2 serentak untuk pemimpin puteri di negeri ini. Kursus ini dijangka akan diadakan pada 1-4 Oktober 2010. Kursus ini dijangka akan menjadi cabaran kepada PPIM Perhubungan Negeri kerana diadakan serentak. Fokas penyertaan disasarkan kepada pemimpin puteri dari semua PPIM Bahagian. Sasaran 100 orang peserta dan 20 orang Jurulatih PPIM dijangka akan menjayakan program ini. Semua pemimpin puteri yang berminat menyertai akan disalurkan mengikut kelayakan. Pemimpin Puteri yang dan belum bertauliah ingin mengambil kursus tauliah, Kursus Kepemimpinan Asas Tahap 1 akan ditawarkan kepada mereka. Manakala Kursus Asas Tahap 2 akan disertai oleh para pemimpin puteri yang sudah menghadiri Kursus Kepimpinan Asas Tahap 1. Kursus Asas Tahap 2 ini adalah kursus peringkat 2 yang pertama diadakan di Negeri Sabah, manakala Kursus Kepemimpinan Asas Tahap 1 ini pula merupakan sesi ke 3 diadakan pada tahun 2010. Sebelum ini kursus ini telah dilaksanakan di Tawau dan Semporna dengan telah melibatkanseramai 100 orang pemimpin puteri dan Jurulatih.
Sebarang pertanyaan mengenai penyertaan kursus yang ditawarkan pemimpin puteri atau guru pemimpin boleh berhubung terus dengan sms nama, no.fax dan nama sekolah serta email (jika ada) kepada Ketua Unit Pembangunan Pemimpin PPIM Perhubungan Negeri Sabah, Puan DK Saadiah Hj Ampuan Alimat di talian 013 8606622.

Thursday, February 25, 2010

MESYUARAT AGUNG PPIM PERHUBUNGAN NEGERI SABAH KALI KE 16

MESYUARAT AGUNG PPIM PERHUBUNGAN NEGERI SABAH KALI KE 16 akan diadakan pada 01 Mac 2010 pada jam 2.oo petang berlatarkan Borneo Golf Resorts, Beaufort - KK Highway.. Mesyuarat ini dijangka akan dihadiri oleh 80 orang guru pemimpin puteri dari seluruh Negeri Sabah mewakili 8 PPIM Perhubungan Bahagian. Bahagian Beaufort yang menjadi lokasi buat julung kalinya berlangsungnya mesyuarat tahunan ini .


Sebelum itu satu sesi taklimat akan dilaksanakan TAKLIMAT PENGURUSAN PERSATUAN "SECARA ONLINE" , taklimat ini akan mendedahkan kepada guru pemimpin bagi mengemaskinikan data, laporan secara online terus dengan PPIM Kebangsaan. Adalah diharapkan semua sekolah dapat menghantar sekurang-kurangnya seorang guru pemimpin puteri bagi mempastikan data & laporan PPIM sekolah sentiasa kemaskini. Pihak PPIM sekolah juga boleh memesan secara online segala keperluan PPIM Sekolah, Guru Pemimpin & Ahli Puteri PPIM.

Sunday, November 29, 2009

PERKAMPUNGAN PUTERI SEMPENA KEMPEN SIHAT SOSIAL PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM) PERHUBUNGAN NEGERI SABAH

PERKAMPUNGAN PUTERI

SEMPENA KEMPEN SIHAT SOSIAL

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)

PERHUBUNGAN NEGERI SABAH

DENGAN KERJASAMA

KEMENTERIAN BELIA & SUKAN NEGERI SABAH

&

MAJLIS BELIA SABAH


1.0 PENDAHULUAN

Aspirasi Kempen 10S yang dianjurkan oleh Kementerian Belia & Sukan Negeri Sabah (KBSS) dengan kerjasama Majlis Belia Sabah (MBS) memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahli gabungan MBS untuk membangunkan para belia di Sabah khasnya dalam pelbagai aspek pembangunan modal insan. Bagi mencapai hasrat tersebut, kesemua 10 gabungan MBS telah diberi kepercayaan melaksanakan 10 aspek yang menjurus amalan dan gaya hidup sihat (10S). Sejajar visi dan misinya, PPIM telah diberi kepercayaan bagi melaksanakan Kempen Sihat Sosial yang menjadi salah satu aspek penting dalam membangunkan insan yang sihat. Sihat dalam erti kata seimbang dari segi sosial mahupun mental dan fizikal. Sesungguhnya PPIM sentiasa memberi fokus utama kesihatan sosial dalam usaha Pergerakan ini membangunkan sahsiah dan keperibadian ahli serta guru-guru pemimpinnya. Menerusi usaha pemantapan rohani, turut diberi penekanan adalah emosi yang seimbang, peningkatan daya intelek dan sentiasa bersemangat tinggi serta mampu berdaya saing.


2.0 RASIONAL

Kempen Sihat Sosial diilhamkan atas kesedaran serta kebimbangan terhadap berleluasanya gejala sosial yang menjadi ancaman utama kepada pembentukan jati diri khususnya remaja masa kini. Isu gejala sosial sudahpun menjadi isu global yang tidak perlu dipertikaikan lagi impak dan kesan buruknya kepada masyarakat. Semakin pantas manusia mengejar kemajuan, maka akan semakin kompleks dan sukar untuk kita membendung penyakit-penyakit sosial yang dibawa bersama-sama arus kemajuan itu. Sudah tiba masa dan ketikanya semua pihak serta seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama, berganding bahu bagi membasmi apa jua unsur serta anasir yang menjadi punca kepada permasalahan dan kebejatan sosial dalam masyarakat yang pesat dengan segala bidang kemajuan ini.


3.0 OBJEKTIF

3.1 Melaksanakan satu lagi program dwitahunan PPIM iaitu Perkampungan Puteri yang dirancang untuk ahli puteri selaras dengan visi dan misi PPIM ke arah melahirkan PUTERI yang SIHAT dari segi sosial,mental dan fizikal;

3.2 Memberi ruang dan peluang kepada para peserta untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti sosial yang sihat dan menarik, meliputi pelbagai bidang dalam pelaksanaan kurikulum PPIM, dalam bentuk Perkampungan Puteri PPIM;

3.3 menyediakan ruang pertemuan dan silaturrahim di antara puteri serta guru pemimpin PPIM dengan rakan-rakan dari unit gabungan MBS yang lain;

3.4 menyediakan ruang perkongsian maklumat serta ilmu di antara peserta berbilang kaum, agama serta latar belakang budaya;

3.5 melaksanakan Majlis Pelancaran Kempen Sihat Sosial yang menjadi agenda bersama Kempen 10s unit-unit gabungan MBS;


4.0 TARIKH & TEMPOH PELAKSANAAN

Pada 21 - 23 Disember, 2009 (3 hari 2 malam)


5.0 TEMPAT

SMK Agama Limauan, Kimanis, Papar, Sabah


# UNTUK KETERANGAN LANJUT.. HUBUNGI DK SAADIAH 013 860 6622

Sunday, November 15, 2009

MESYUARAT AGUNG PPIM PERHUBUNGAN NEGERI SABAH

MESYUARAT AGUNG PPIM PERHUBUNGAN NEGERI SABAH KALI KE 16 akan diadakan pada 01 Mac 2010 pada jam 11.00 pagi berlatarkan Borneo Golf Resorts, Beaufort - KK Highway.. Mesyuarat ini dijangka akan dihadiri oleh 80 orang guru pemimpin puteri dari seluruh Negeri Sabah mewakili 8 PPIM Perhubungan Bahagian. Bahagian Beaufort yang menjadi lokasi buat julung kalinya berlangsungnya mesyuarat tahunan ini .


Sebelum itu satu sesi taklimat akan dilaksanakan TAKLIMAT PENGURUSAN PERSATUAN "SECARA ONLINE" , taklimat ini akan mendedahkan kepada guru pemimpin bagi mengemaskinikan data, laporan secara online terus dengan PPIM Kebangsaan. Adalah diharapkan semua sekolah dapat menghantar sekurang-kurangnya seorang guru pemimpin puteri bagi mempastikan data & laporan PPIM sekolah sentiasa kemaskini. Pihak PPIM sekolah juga boleh memesan secara online segala keperluan PPIM Sekolah, Guru Pemimpin & Ahli Puteri PPIM.

Monday, August 3, 2009

KURSUS KEPEMIMPINAN ASAS TAHAP 1

Pada 9 - 12 Julai 2009 berlatarkan Pusat Latihan Binsulok atau lebih dikenali dengan Binsulok Nature Resorts, telah berlangsung Kursus Kepemimpinan Asas Tahap 1 khusus untuk guru pemimpin PPIM yang belum bertauliah. Kursus ini dikelolakan oleh PPIM Perhubungan Bahagian Beaufort dengan kerjasama PPIM Negeri Sabah .

Kursus ini dihadiri seramai 101 peserta yang datang daripada lebih 60 buah sekolah-sekolah dalam 3 PPIM Bahagian, Beaufort selaku tuan rumah, PPIM Keningau diwakili oleh 19 orang peserta. Seramai 8 orang Jurulatih PPIM menyampaikan slot masing-masing.

Kursus Kepimpinan Asas Tahap 1 wajar diadakan bagi membantu dan melengkapkan Pemimpin Puteri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi mempertingkatkan kebekesanaan dalam mengendalikan pengurusan PPIM di peringkat sekolah. Langkah ini telah memberi ruang dan keyakinan kepada Pemimpin untuk mengendalikan segala
urusan pentadbiran dengan lebih cekap,efektif dan produktif serta dapat membantu pelajar dalam perkembangan sahsiah, emosi,rohani dan jasmani.Rasionalnya masih ramai Pemimpin Puteri belum bertauliah sedang bertugas di 26 daerah di Negeri Sabah yang belum mengikuti Kursus Kepimpinan Asas ahap 1 bagi melayakkan mereka memimpin dan menguruskan PPIM dengan lebih berkesan di semua peringkat daerah Negeri Sabah. Antara Objektif kursus ini ialah para Pemimpin Puteri dapat:

* Melengkap dan memantapkan diri dari segi pengtahuan
dan kemahiran.

* Melahirkan lebih ramai Pemimpin Puteri yang
berwibawa dan berketerampilan dalam pengurusan PPIM

* Dapat menjalankan aktiviti PPIM di peringkat sekolah
Dengan lancar dan berkesan.

Semoga dengan telaksana kursus selama 4 hari 3 malam ini dapat memupuk semangat dan keyakinan diri Pemimpin Puteri di Negeri Sabah agar lebih aktif dan dapat melaksanakan aktiviti urustadbir PPIM sekolah dengan lebih berkesan serta dapat memenuhi Visi dan Misi PPIM.

Pelbagai aktiviti diadakan melalui kursus ini antaranya:

> Ceramah
> Bengkel
> Soal Jawab
> Teori & Praktikal Tatacara
> Asas Kawad Kaki
> Malaysia Cergas

Seramai 8 Jurulatih PPIM terlibat:

< Pn DK Saadiah Hj Ampuan Alimat
< Pn Dg Rukayah Hj Awang Mahmun
< Pn Asmah Salleh
< Pn Dg Fauziah Hj Ag Tahir
< Pn Dg ku Norizam Hj Ampuan Yusof
< Cik Halimah Abd Rahman
< Cik Junndiah Majit
< Cik Noraina Bongsu

Wednesday, July 22, 2009

PROGRAM JEJAK KINABALU PPIM 2009


Puan Hjh Rosnah Hj Mohd Juni, Pemangku Pengerusi PPIM PN Sabah mengalu-alukan semua peserta..

Turut hadir Encik Mustapha Hj Sakmud, Presiden Majlis Belia Sabah

Pengalaman mendaki Gunung Kinabalu, pasti akan mengukir seribu kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan oleh sesiapa sahaja yang pernah melaluinya. Kenangan seindah dan semegah gunung yang tertinggi di Asia Tenggara yang menjadi tarikan pelancongan ini, menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dan penduduk Negeri Sabah khususnya. Atas kesedaran mempromosikan khazanah negara ini maka, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Perhubungan Negeri Sabah dengan kerjasama beberapa pihak berusaha untuk menjadikan program ini suatu realiti. Projek MEGA PPIM 2009 ini telah dapat meletakkan PPIM Negeri Sabah setanding dengan pertubuhan lain dalam menjayakan program prestasi tinggi setinggi Gunung Kinabalu. Program ini yang disenaraikan sebagai program Peringkat Kebangsaan telah dijayakan dan ditawarkan kepada ahli-ahli dan pemimpin PPIM di negeri-negeri di seluruh Malaysia. Pada 16 - 21 Julai 2009 dengan disertai oleh 62 orang peserta termasuk 10 orang Urusetia PPIM Negeri Sabah mengukir sejarah menjadikan program ini menjadi kenangan terindah buat semua. seramai 18 orang peserta dari Perak tiba seawal 1.20 petang di Lapangan Terbang Terminal 2, Kota Kinabalu pada 16 Julai 2009. Mempastikan masa mereka berharga Pengarah Program, Puan DK Saadiah Hj Ampuan Alimat bersama Puan Habsah Abol dan Puan DK Rosni Hj Pg Simpul membawa mereka ke tapak Festival Betitik (15-18 Julai 2009)di Putatan Point, Pekan Putatan. Pesta khusus etnik Bajau Putatan ini menjadi santapan mata kumpulan peserta pertama yang datang berkunjung ke negeri dibawah bayu ini.Jam 4.30 ptg, rombongan dibawa ke Hostel Kinabalu di Kompleks Sukan Likas (penginapan)sebelum bertolak ke lokasi program, Taman Kinabalu...


17 Julai 2009, Jam 8.00 pagi semua ketiga-tiga bas mula mendaki banjaran Croker..menuju Taman Kinabalu. Sebelum sampai di Taman Kinabalu, peserta dibawa singgah di Pekan Nabalu, Kedai kraftangan dan pemandangan indah dijanjikan. Jam 11.00 pagi semua peserta tiba diTaman Kinabalu. Dengan kerjasama Encik Martin di Taman Kinabalu pihak Taman Sabah menyediakan Tayangan Slide khas :(biasanya ditayangkan pada jam 2.00 petang) Tayangan Slide mengenai keindahan Gunung Kinabalu telah memukau peserta,keindahannya melambai memanggil kehadiran pendaki. Walaupun hanya tayangan selama 21 minit, maklumat yang diberikan melalui slide memberikan kepuasan kepada semua peserta seolah-olah dibawa bersama mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara ini. jam 1.00 petang, kami meneruskan perjalanan menuju Lohan Rest house di Poring, tempat kami menginap malam ini..Makan Tengahari sudahpun tersedia..selepas makan, semua peserta Check-in..setelah berehat sebentar dan menunaikan solat zohor, peserta bersedia untuk destinasi seterusnya. Jam 3.00 ptg, semua peserta bergerak menuju Sg Moroli di kg. Luanti Baru, kawasan Tagal ini merupakan tarikan pengunjung spa ikan. Setiba mereka di kawasan Tagal ini, peserta diberikan taklimat mengenai sistem tagal yang menyumbang kepada keseimbangan ekosistem dan sumber semulajadi yang tidak ternilai harganya. Sungai tersebut telah 3 tahun ditagal.. Sg Moroli bersambung dengan sg Sugut di Sandakan. Dengan bayaran RM5 setiap orang semua peserta mengambil peluang untuk merasai pengalaman dikerumuni ikan kela, lampam dan sebagainya. Saiznya yang agak besar mengundang rasa takut beberapa peserta. Namun,ada peserta yang ingin mandi bersama ikan-ikan ini. Pengalamannya pasti agak berbeza.. Peserta berasa bersyukur dengan anugerah Allah yang memberikan alam sekitar yang mmasih terpelihara ini. Sewajarnya dijadikan ikhtibar agar kita semua memelihara alam sekitar di atas bumi yang hanya SATU ini. Petang itu, semua peserta dibawa ke Pekan Ranau, Pasar Malam di Pekan Ranau yang bermula awal petang itu memberi peluang kepada semua peserta mengenali lebih dekat makanan tradisi Sabah (Sabah Taste). Setelah Makan Malam di Lohan Rest house dalam keadaan "gelap terang gelap terang" (blackput beberapa kali)majlis taaruf memberi peluang kepada semua peserta memperkenalkan diri.. Walaupun penat, mereka gembira..setakat hari ini semua aktiviti amat menyeronokkan. Akhirnya peserta berehat jam 11.30 malam, untuk mengumpul semula tenaga bagi menyambung agenda cabaran hari esok..

18 Julai 2009 Seawal jam 7.00 pagi, sarapan sudah tersedia, Jam 8.00 pagi peserta menuju destinasi seterusnya Poring..Taman Hot Spring di bawah kendalian Taman-taman Sabah. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugasan.. 4 fokas di Taman Hot Spring ini antaranya Taman Rama-rama, Canopy walk, Taman orkid dan Taman Tropika. Aktiviti Jungle Trekking, menjanjikan keindahan kawasan air Terjun Kopungit.. sebelum pulang tengahari itu para peserta sempat mandi atau berendam kaki di kolam air panas bagi melegakan kaki yang telah penat mengharung perjalanan di dalam taman..kehadiran Orang utan yang disangkakan patung memberikan "kejutan bonus" untuk peserta..ditambah lagi dengan pengalaman melihat sendiri bunga terbesar di dunia.. yang hanya kembang seminggu setelah sekian lama ditunggu ..Bunga Rafflesia jam 1.30 petang semua peserta makan tengahari di Lohan Rest House, kemudian Check out jam 2.00 petang. Sebelum ke Walai Tokou Homestay,Kg Sinisian, Kundasang, kami berkumpul di Kinabalu Pine Resorts (bersebelahan Homestay tersebut) memandangkan lokasi homestay yang berada di kaki bukit menghadap Gunung Kinabalu.. Beg-beg peserta dipunggah daripada bas ke atas kereta pacuan 4 roda oleh hero-hero yang ada bersama kami (pemandu & pembantu pemandu bas kami). Jam 5.30 petang peserta Jejak Kinabalu 2009 diagihkan kepada peserta Walai Tokou Homestay, Kali ini semua peserta diintergrasikan.

Jam 8.00 mlm; Yang Berbahagia Datuk Hamisah Yassin, Setiausaha Politik Kementerian Pelancongan, kebudayaan & Alam Sekitar selaku wakil Menteri tersebut menjadi hos Majlis Makan Malam bersama warga Homestay.. Persembahan daripada pemuzik pelbagai usia dan anak-anak generasi muda di Kampung itu telah berjaya menambat hati para peserta dengan persembahan muzik tradisi mereka. Lagu tema program Jejak Kinabalu 2009 "Sayang kinabalu" juga dimainkan.. Penyerahan Bendera PPIM kepada para pendaki yang mewakili semua peserta Jejak Kinabalu ini disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Hamisah Yassin kepada ketua peserta pendakian Cik Halimah Abd Rahman. Kali ini seramai 10 pendaki dengan disertai oleh seorang jurulatih kecergasan Encik Anuar Ibrahim membawa misi Pemimpin & Puteri PPIM ke puncak Kinabalu. 8 orang Guru Pemimpin dan 1 orang Ahli Puteri menyertai pendakian Gunung Kinabalu. Penyampaian Sijil Penyertaan kepada semua 62 orang peserta program ini, turut disampaikan ialah Sijil penghargaan kepada Taman-taman Sabah yang diwakili oleh Encik Palimin, tidak lupa kepada Walai Tokou Homestay diketuai oleh penyelaras homestay, Encik kohadie Watiman.. Cenderamata Penyertaan kepada PPIM Negeri Perak dan PPIM Negeri Johor dan diakhiri dengan cenderamata kepada Kementerian Pelancongan Kebudayaan & Alam Sekitar serta kepada Yang Berbahagia Datuk Hamisah Yassin selaku hos Majlis itu. Sebelum pulang ke rumah Homestay masing-masing, satu taklimat pendek mengenai aktiviti hari esok bagi panduan semua peserta. Puan Hjh Faridah Ahmad Rashidi (Ketua rombongan PPIM Perak) mewakili para peserta merakamkan penghargaan dan terima kasih semua peserta kepada PPIM Negeri Sabah yang memberikan peluang menyertai Jejak Kinabalu dan berharap ada lagi program seumpama ini diadakan kelak. Beliau turut memuji kecekapan urusetia ppim Negeri Sabah yang mampu memberikan yang terbaik untuk semua. Beliau kemudiannya mempersilakan Puan Rokiah Mustapha & Puan Sharifah Junaidah Syed Abd Rahman mewakili peserta PPIM Perak & PPIM Johor menyampaikan sumbangan ikhlas para peserta untuk Tabung PPIM Negeri Sabah.. Majlis diakhiri dengan acara bersalaman.
19 Julai 2009..Jam 7.00 - 8.30 pagi, para peserta mengambil kesempatan untuk bersama keluarga angkat masing-masing, ada yang berkesempatan mengunjungi ladang bunga dan strawberry keluarga selepas bersarapan pagi bersama. Jam 9.00 pagi bas mula bertolak meninggalkan Walai Tokou Homestay bersama kenangan.. Selepas Singgah di gerai buah & sayur di Pekan Kundasang, bas mara menuju Kota Kinabalu. Jam 11.15 pagi peserta tiba di Asrama Kompleks Sukan Likas. Peserta dari Semenanjung Malaysia dibawa bas menuju Bandaraya Kota Kinabalu. Fokas lokasi ialah Pasar Kraftangan Kota kinabalu dan Kompleks Sinsuran..Jam 5.00 petang, peserta berkumpul di perhentian bas berhampiran Pasar Besar Kota Kinabalu. Bas kemudiannya membawa semua peserta ke Masjid Negeri Sabah di Sembulan. Selepas Solat dan mengurus diri, sebilangan peserta dibawa makan malam di Tugu Peringatan Double Six, Sembulan (lokasi tragedi Kemalangan Kapal terbang yang meragut nyawa pemimpin Sabah ketika itu Tun Fuad Stephen; kini lokasi dibangunkan dengan kawasan rekreasi yang cantik, bersih dan lengkap dengan Foodcourt..Jam 7.30 malam semua peserta dibawa ke Lapangan Terbang Terminal 2, di Tanjung Aru, Kota Kinabalu untuk berlepas ke destinasi masing-masing.. Turut hadir menghantar pulang rombongan ialah Puan Dg Rukayah Hj Ampuan Mahmun, Setiausaha PPIM Negeri Sabah, Puan DK Saadiah Hj Ampuan Alimat selaku Pengarah Program Jejak Kinabalu 2009, Puan Asmah Salleh & Puan Habsah Abol selaku LO / Urusetia Program.

Dalam pada itu peserta pendakian sebelum bertolak ke Mesilau Nature Resorts petang itu, mereka mengambil kesempatan mengunjungi Memorial Mat Salleh di Kundasang, menurut mereka lokasi itu cantik dan patut dikunjungi peserta kelak. Mereka sempat merakamkan beberapa gambar untuk tatapan semua. Makan malam mereka dihidangkan steamboat..

Esoknya (20 Julai 2009) jam 9.00pagi, pasukan pendaki PPIM mula mendaki..(laluan mereka adalah yang terjauh di antara laluan yang ada..lebih 2 km daripada laluan Timpohon di Taman Kinabalu)..jam 6.50 malam mereka tiba di Laban Rata Resthouse, menginap di Gunting Lagandan.. (21 Julai 2009) Jam 3.00 pagi; pendakian ke puncak Kinabalu diteruskan..3 peserta pertama tiba di puncak tertinggi gunung Kinabalu seawal jam 6.30 pagi..peserta terakhir tiba dipuncak jam 8.30 pagi..setelah puas posing dipuncak, mereka mula turun menuju ke Timpohon Gate di Taman Kinabalu..Jam 6.30-7.30 malam semua pendaki sudah pun berada di Taman Kinabalu. Selepas Makan Malam, jam 9.00 mereka mula meninggalkan Taman Kinabalu menuju Kota Kinabalu. Jam 11.00 malam mereka disambut oleh Bendahari Kehormat PPIM Negeri Sabah Puan Hjh Rukayah Datuk Seri Panglima Haji Salleh. Mereka menginap di Komlpleks Tabung Haji, Kota Kinabalu disebabkan tidak larat untu memandu ke destinasi masing-masing. Esoknya (22 Julai 2009) jam 9.00 pagi, mereka sempat bersarapan dengan Puan Hjh Rukayah D.S.P Haji Salleh dan bertolak ke destinasi masing-masing.

Keseluruhannya program Jejak Kinabalu 2009 ini satu titik permulaan dan Negeri Sabah penuh dengan pelbagai lokasi untuk diterokai..terasa penat urusetia berbaloi bekerja keras menjayakan program ini. Terima kasih dan setinggi penghargaan yang tidak terbalas di atas kegigihan semua urusetia yang sentiasa menjadikan program jadi TERBAIK untuk Peserta: terpancar kepuasan di hati semua peserta pulang dengan kegembiraan dan keseronokan yang dikecapi, semoga dapat diceritakan dengan citra yang memukau hati setiap pendengar, menggamit rasanya untuk datang bertandang ke negeri di bawah bayu ini. KEJAYAAN program ini banyak disokong oleh semua peserta yang sentiasa mentaati masa yang begitu berharga buat semua. TABIK HORMAT kepada semua peserta mematuhi semua acara lebih teratur mengikut masa dibalik tag nama yang berikan untuk kenangan terpahat di minda..TERIMA KASIH BUAT SEMUA.. Wassalam.. Daripada Pengarah Program..DK Saadiah.

Tuesday, June 2, 2009

FIESTA SUKAN BELIA MALAYSIA

FIESTA SUKAN & REKREASI BELIA MALAYSIA MERIAH

Pasukan Bola jaring Majlis Belia Sabah (PPIM Sabah) di tangga D'Vilage, Ayer Keroh

masa kecederaan..aqilah..



Sabah vs Perak
Pada 15 Mei 2009 perhimpunan hari belia kebangsaan berlangsung dengan lancar sekali. seramai 9 ahli puteri bersama 2 orang guru pemimpin terlibat secara langsung dalam program ini. 9 ahli puteri PPIM Negeri Sabah terlibat dengan pertandingan Bola Jaring mewakili Majlis Belia Sabah yang disertai oleh 24 pasukan yang lain.

... warming up...

Pengalaman bertanding di peringkat kebangsaan ini merupakan pengalaman yang amat berharga kepada 9 ahli puteri ini. Menurut Puan Dg Ku Norizam Hj Ampuan Yusof selaku pengurus pasukan merangkap jurulatih kepada pasukan bola jaring ini, walaupun pasukan ini berjaya hanya ke peringkat suku akhir dengan kekalahan ke tangan Johan Kumpulan B pasukan Bola Jaring Negeri Pahang (setelah menjadi Naib Johan Kumpulan G yang dikongsi bersama pasukan Negeri Perak (Johan Kumpulan) dan ABIM (Tempat Ketiga kumpulan); pasukan ini telah menunjukkan permainan yang agak agresif menyebabkan pihak lawan tidak 'duduk diam' untuk memenangi perlawanan.

Semangat "Sabah Bah Itu..." memeriahkan dewan MBMB di Ayer Keroh, Melaka.
Kehadiran Presiden Majlis Belia Sabah, Encik Mustapha Hj Sakmud ke lokasi pertandingan sekurang-kurangnya memberi semangat yang tinggi kepada semua pemain walaupun terpaksa akur pada kesukaran menghadapi pasukan Negeri Perak. Naib Presiden, Cik Shuraya Hj Mantiar bersama 3 Exco Majlis Belia Sabah, Puan Dg Ku Saadiah Hj Ampuan Alimat, Cik Adelina Mohd Yaakub dan Cik Norasia Abdullah berada di lokasi pertandingan ini telah memberikan semangat bertanding yang tinggi kepada semua pemain yang menyertai kejohanan ini buat kali pertama.

Hasil perlawanan Sabah lwn Perak 2 - 26, Sabah Lawan ABIM 27 - 0.. Perak memaksa Sabah melawan Juara Kumpulan B (Pahang) memberikan laluan yang agak sukar kepada pasukan Sabah untuk mara ke peringkat seterusnya. Namun di peringkat Suku Akhir Sabah Lawan Pahang; sabah menjaring 3 berbanding Pahang 15 jaringan.. Jika diukur dari segi persembahan permainan berbanding pasukan lain pasukan Bola Jaring Sabah seharusnya boleh dibanggakan. Dengan latihan intensif 2 minggu sebelum kejohanan oleh Jurulatih Cik Halimah Abd Rahman, seorang guru SMK Membakut, peningkatan prestasi amat jelas. Perlawanan persahabatan bersama pasukan bola Jaring SMK Bongawan / SK Nyaris nyaris (Wakil Negeri) juga memberikan kekuatan kepada kumpulan ini dari segi fitness dan strategy.

Adalah diharapkan pengalaman pertandingan ini dijadikan penanda aras kemampuan dan titik tolak bagi pasukan memperkasakan diri agar gagah berdiri gagah semula dan memberikan saingan yang sewajarnya di tahun hadapan jika berpeluang. PPIM Negeri Sabah mengucapkan setinggi penghargaab kepada Majlis Belia Sabah yang memberikan peluang kepada ahli puteri ini menyertai kejohanan ini serta memberikan peluang ke perhimpunan sambutan hari belia kebangsaan di negeri Hang Tuah ini.

Sunday, May 10, 2009

PESERTA PPIM NAIB JOHAN PERTANDINGAN PIDATO BELIA PERINGKAT NEGERI SABAH

8 Mei 2009 mencatatkan lagi sejarah dalam PPIM apabila peserta yang mewakili PPIM, Norfadzielah Atiqa Bt. Mohd Salim seorang pelajar Tingkatan Enam Atas, SMK Membakut II, Membakut, Sabah telah dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Pidato Belia Peringkat Negeri Sabah. 3 orang peserta mewakili PPIM iaitu Norfadzielah Atiqa Bt. Mohd Salim, Azilah Bt. Mohd Jaafar yang juga pelajar SMK Membakut II dan Noraishah Bt. Ansar dari SMK Bongawan II, Papar, Sabah. Pertandingan ini telah disertai oleh 14 orang peserta belia yang berumur 15 - 40 tahun. Tujuan pertandingan ini diadakan ialah untuk pemilihan peserta ke Pertandingan Pidato Belia sempena Sambutan Hari dan Minggu Belia Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Melaka pada 15 Mei 2009. Johan peserta belia mewakili Pantai Barat, membawa pulang hadiah RM 1000 serta sijil dan mewakili Negeri Sabah ke Peringkat Kebangsaan. Norfadzielah Atiqa selaku Naib Johan menerima Hadiah berupa wang tunai RM750 serta sijil penyertaan dan peserta dari Persatuan Belia Suara, Tuaran mendapat tempat yang ketiga membawa pulang RM500 dan sijil. Semua peserta dihadiahkan sijil penyertaan.

Tuesday, April 28, 2009

PPIM BAHAGIAN BEAUFORT JOHAN BOLA JARING FIESTA SUKAN BELIA MALAYSIA NEGERI SABAH


Pada 25 April 2009 di Kompleks Jabatan Belia & Sukan (P) Sabah, Putatan, Sabah telah berlangsung Fiesta Sukan Belia Malaysia Peringkat Negeri Sabah. Encik Ponniah menguruskan 2 pertandingan tersebut yang disertai oleh 11 pasukan kesemuanya. Pergerakan Puteri Islam Malaysia telah menyertai Pertandingan Bola Jaring dan menurunkan 3 kumpulan peserta yang terdiri daripada PPIM Negeri Sabah, PPIM Bahagian Beaufort dan PPIM Daerah Beaufort. 4 kumpulan (3 dari PPIM)telah menyertai pertandingan ini yang juga disertai oleh ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) Negeri Sabah. 3 orang Pengadil daripada Persatuan Bola Jaring Negeri Sabah diketuai oleh Puan Suminah Kok, dibantu oleh Puan Israh Arifin dan Puan Mei Lin. Perlawanan dibuat secara liga, sebanyak enam perlawanan telah diadakan melibatkan 4 kumpulan tersebut. Turut dipertandingkan pada hari yang sama Pertandingan Futsal Lelaki. Hadiah disampaikan oleh Encik Kevin Lim, Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah. Turut hadir ialah Naib Presiden Majlis Belia Sabah Encik Suhailie dan beberapa orang Exco Majlis Belia Sabah antaranya Puan Dk Saadiah Hj Ampuan Alimat dan Encik Afwan. Pertandingan dianjurkan oleh Majlis Belia Sabah mewakili Negeri Sabah ke Fiesta Sukan Belia Malaysia Peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Ayer Keroh, Melaka pada 14 - 17 Mei 2009. Pertandingan Bola Jaring telah dimenangi oleh PPIM Bahagian Beaufort, Naib Johan disandang oleh PPIM Negeri dan di tempat yang ketiga oleh PPIM Daerah Beaufort manakala Pasukan Bola Jaring ABIM ditempat keempat.

Thursday, April 2, 2009

SEMINAR SEHARI PEMANTAPAN AQIDAH GENERASI MUDA



Seminar Sehari Pemantapan Aqidah Generasi Muda Peringkat Negeri Sabah telah berjaya dilaksanakan pada 26 Mac 2009. Penganjurnya, Jabatan Belia & Sukan (P) Negeri Sabah telah mengumpulkan lebih 400 orang Belia dari pelbagai unit NGO, Institut Perguruan Gaya, Persatuan akar umbi dan Politeknik Kota Kinabalu. Program sehari ini dijayakan bersama kerjasama tenaga penceramah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.



10 orang Ahli Puteri diketuai oleh Shazwani Bt. Ahmad, Ketua Puteri PPIM SMK Membakut II dan diiringi 2 orang Pemimpin Puteri PPIM SMK Membakut II, Puan DK Saadiah Hj Ampuan Alimat dan Cik Hjh Siti Ajar Hj Ali Hasan telah menyertai program ini mewakili PPIM Negeri Sabah.

Antara aktiviti dalam program ini termasuklah 2 ceramah dan satu sesi Forum yang semuanya menjurus mengenai aqidah, isu penyelewengan aqidah & perkaitannya dengan belia iaitu generasi muda hari ini. Majlis ilmu ini ditutup rasmi oleh Tuan Hj. Hashim Sintol, bagi pihak Pengarah Jabatan Belia & Sukan (P) Negeri Sabah; hadir sama di majlis penutupan program ini ialah Encik Mustapha Hj. Sakmud, Presiden Majlis Belia Sabah yang juga turut memberikan ucapan terima kasih kepada pihak JBS yang prihatin mengenai generasi muda hari ini yang merupakan pemimpin negara kita di masa akan datang.


Sunday, March 8, 2009

SEMINAR PEMANTAPAN PENTADBIRAN & PENILAIAN PPIM GABUNGAN KOTA KINABALU

Seminar khusus untuk guru pemimpin PPIM dari sekolah-sekolah dalam Gabungan Kota Kinabalu berlangsung dengan jayanya pada 7 Mac 2009 di SMK Tansau, Putatan, Sabah. Lebih 40 orang guru pemimpin hadir pada majlis ilmu ini. 3 orang jurulatih PPIM Negeri Sabah dijemput selaku penceramah, Puan Dg Rukayah Hj Awang Mahmun, Setiausaha Kehormat PPIM Negeri Sabah menyampaikan tajuk Pengurusan & Pentadbiran PPIM, Puan Asmah Salleh menyampaikan ceramah Penilaian PPIM. Puan Dg Ku Saadiah Hj Ampuan Alimat pula menyentuh peranan guru PPIM Sekolah serta perkaitannya dengan Pelaksanaan PPIM di sekolah & Permasalahan Penilaian. Seminar sehari ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga jam 1 petang. Di akhir sesi seminar, Yang Berbahagia Datin Hjh Fatimah Hj Ali selaku Pengerusi PPIM Gabungan Kota Kinabalu menggesa semua guru yang hadir dapat melaksanakan Penilaian PPIM pada tahun ini. Beliau sendiri akan memantau keberkesanan aktiviti penilaian ini agar ahli PPIM dapat menerima Sijil kelayakan mereka seperti yang sepatutnya. Kesungguhan PPIM Gabungan Kota Kinabalu melaksanakan seminar ini harus menjadi inspirasi kepada semua yang hadir agar memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti PPIM di sekolah masing-masing.

Sunday, February 22, 2009

JEJAK KINABALU 2009

Salam untuk semua....Projek MEGA PPIM 2009 ini diharapkan dapat meletakkan PPIM Negeri Sabah setanding dengan unit gabungan dalam menjayakan program prestasi tinggi setinggi Kinabalu ini. Projek kini merupakan cabaran untuk JK Pentadbir negeri yang bakal diuruskan oleh Unit Sukan & Rekreasi diketuai oleh Puan DK Saadiah Hj Ampuan Alimat dibantu oleh Pengerusi Teknik PPIM Negeri Sabah, Cik Halimah Abd Rahman bersama JK bersama beliau. Idea terhasilnya projek ini timbul untuk membawa ahli puteri dan guru pemimpin di negeri Sabah ini mengalami sendiri pengalaman "berada Kinabalu"di Puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara ini pada mulanya daripada hasil perbincangan mereka berdua "Expedisi Puteri PPIM Kinabalu" ini disenaraimasuk ke dalam Takwim Aktiviti PPIM Negeri Sabah dan nama program diilhamkan oleh Setiausaha Kehormat Negeri Puan Dg Rukayah Hj Ampuan Mahmun. Beliau turut memberi cadangan pengisian program ini malah beliau ingin melihat program ini dijayakan dan ditawarkan pada peringkat Kebangsaan di mana PPIM setiap Negeri mewakilkan seorang atau dua ahli puteri atau pemimpin yang mantap beraksi hingga ke puncak Kinabalu. Difahamkan hanya 20 peserta akan membuat pendakian manakala peserta yang lainnya akan menyertai aktiviti lasak dan riadah yang lain di kaki Gunung Kinabalu. Bertapa gah pun projek Mega PPIM 2009 ini tidak akan menjadi realiti seandainya tidak mendapat tempat di hati semua. Oleh yang demikian sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan idea dan berkongsi pandangan dari cadangan aktiviti peserta di kaki gunung kami amat alu-alukan. Pandangan kita mungkin berbeza namun pandangan berbeza yang positif mungkin mampu menghasilkan hasil yang lumayan dan bermakna buat semua. Kerjasama semua dalam memberikan padangan amat kami hargai. Andainya anda pernah melaksana berada "di puncak" ini marilah turun ke lembah memberikan kekuatan kepada PPIM dalam usaha melaksanakan projek ini. Wassalam.