Pages

Tuesday, June 2, 2009

FIESTA SUKAN BELIA MALAYSIA

FIESTA SUKAN & REKREASI BELIA MALAYSIA MERIAH

Pasukan Bola jaring Majlis Belia Sabah (PPIM Sabah) di tangga D'Vilage, Ayer Keroh

masa kecederaan..aqilah..



Sabah vs Perak
Pada 15 Mei 2009 perhimpunan hari belia kebangsaan berlangsung dengan lancar sekali. seramai 9 ahli puteri bersama 2 orang guru pemimpin terlibat secara langsung dalam program ini. 9 ahli puteri PPIM Negeri Sabah terlibat dengan pertandingan Bola Jaring mewakili Majlis Belia Sabah yang disertai oleh 24 pasukan yang lain.

... warming up...

Pengalaman bertanding di peringkat kebangsaan ini merupakan pengalaman yang amat berharga kepada 9 ahli puteri ini. Menurut Puan Dg Ku Norizam Hj Ampuan Yusof selaku pengurus pasukan merangkap jurulatih kepada pasukan bola jaring ini, walaupun pasukan ini berjaya hanya ke peringkat suku akhir dengan kekalahan ke tangan Johan Kumpulan B pasukan Bola Jaring Negeri Pahang (setelah menjadi Naib Johan Kumpulan G yang dikongsi bersama pasukan Negeri Perak (Johan Kumpulan) dan ABIM (Tempat Ketiga kumpulan); pasukan ini telah menunjukkan permainan yang agak agresif menyebabkan pihak lawan tidak 'duduk diam' untuk memenangi perlawanan.

Semangat "Sabah Bah Itu..." memeriahkan dewan MBMB di Ayer Keroh, Melaka.
Kehadiran Presiden Majlis Belia Sabah, Encik Mustapha Hj Sakmud ke lokasi pertandingan sekurang-kurangnya memberi semangat yang tinggi kepada semua pemain walaupun terpaksa akur pada kesukaran menghadapi pasukan Negeri Perak. Naib Presiden, Cik Shuraya Hj Mantiar bersama 3 Exco Majlis Belia Sabah, Puan Dg Ku Saadiah Hj Ampuan Alimat, Cik Adelina Mohd Yaakub dan Cik Norasia Abdullah berada di lokasi pertandingan ini telah memberikan semangat bertanding yang tinggi kepada semua pemain yang menyertai kejohanan ini buat kali pertama.

Hasil perlawanan Sabah lwn Perak 2 - 26, Sabah Lawan ABIM 27 - 0.. Perak memaksa Sabah melawan Juara Kumpulan B (Pahang) memberikan laluan yang agak sukar kepada pasukan Sabah untuk mara ke peringkat seterusnya. Namun di peringkat Suku Akhir Sabah Lawan Pahang; sabah menjaring 3 berbanding Pahang 15 jaringan.. Jika diukur dari segi persembahan permainan berbanding pasukan lain pasukan Bola Jaring Sabah seharusnya boleh dibanggakan. Dengan latihan intensif 2 minggu sebelum kejohanan oleh Jurulatih Cik Halimah Abd Rahman, seorang guru SMK Membakut, peningkatan prestasi amat jelas. Perlawanan persahabatan bersama pasukan bola Jaring SMK Bongawan / SK Nyaris nyaris (Wakil Negeri) juga memberikan kekuatan kepada kumpulan ini dari segi fitness dan strategy.

Adalah diharapkan pengalaman pertandingan ini dijadikan penanda aras kemampuan dan titik tolak bagi pasukan memperkasakan diri agar gagah berdiri gagah semula dan memberikan saingan yang sewajarnya di tahun hadapan jika berpeluang. PPIM Negeri Sabah mengucapkan setinggi penghargaab kepada Majlis Belia Sabah yang memberikan peluang kepada ahli puteri ini menyertai kejohanan ini serta memberikan peluang ke perhimpunan sambutan hari belia kebangsaan di negeri Hang Tuah ini.