Bermula jam 10 pagi tanggal 21 Januari 2012, PPIM Perhubungan Negeri Sabah memulakan tahun 2012 dengan mesyuarat JK pertama di Urusetia PPIM PN Sabah di Aras 2, Wisma Wanita, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah. Antara agenda yang dibincangkan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2012-2013 dan Mesyuarat Agung Tahunan PPIM PN Sabah kali ke 18 yang akan dilangsungkan di Wisma Wanita pada 25 Februari 2012 kelak. Bagi Aktiviti 2012, setiap unit seperti Unit Latihan & Penilaian, Unit Pembangunan Pelajar, Unit Pemimpin, Unit Pembangunan Belia, Unit Sambutan & Keraian membentangkan hasil perbincangan dan penyelarasan aktiviti yang telah dilaksanakan pada 24 & 25 November 2011 yang lalu, dicadangkan untuk dilaksanakan pada 2012-2013 pada mesyuarat kali ini . Hanya sedikit penyelarasan dan perubahan dilakukan. Insyallah, akan dimasukkan TAKWIM 2012 setelah dimurnikan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha Kehormat PPIM PN Sabah Puan Dg Rukayah Hj Ag Mahmun yang diberi mandat oleh Pengerusi PPIM PN Sabah Puan Hjh Rosnah Hj Mohd Juni yang berada di luar negeri pada ketika ini. Mesyuarat berakhir pada jam 2.00 petang dengan bacaan Surah al Asr' dan tasbih Kifarah.
No comments:
Post a Comment