Pages

Thursday, February 19, 2009

PPIM Perhubungan Daerah Membakut bergerak seiring

Berikutan penstrukturan semula Jabatan Pelajaran Sabah, PPD Membakut yang telah dibahagikan kepada 2 iaitu sebahagian sekolah masuk ke Daerah Papar kerana memang dalam daerah tersebut dan sebahagian lagi diserahkan dibawah urusan PPD Beaufort mulai tahun ini.Perkara ini telah menimbulkan tandatanya yang cukup besar dengan persoalan..perlukah PPIM Perhubungan Daerah Membakut wujud atau dibubarkan sahaja..??? Apabila dirujuk kepada Setiausaha Kehormat PPIM Perhubungan Negeri Sabah beliau memaklumkan Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah NGO (organisasi bukan kerajaan) dalam kumpulan unit beruniform dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan(ROS) oleh itu meskipun ahli puteri dan pemimpin terlibat secara terus dengan Jabatan Pelajaran, tidak ada masalahnya PPIM diteruskan apatah lagi mempunyai ahli Puteri yang aktif serta pemimpin yang mampu menjadikan impian menjadi realiti, baik dari segi aktiviti mahupun di bidang pengurusan pentadbiran dengan kehadiran jurulatih yang berkeliber dan bersemangat tinggi.

2 comments:

dk saadiah said...

PPIM PD Membakut memang sangat disegani di kalangan rakan PPIM Daerah di bawah tadbir urus PPIM PG Beaufort. Namun bermula pada tahun ini daerah ini hanya akan diaktifkan oleh 8 buah PPIM Sekolah Rendah
1.SK Pekan Membakut
2.SK Bandau
3.SK Kg Brunei
4.SK Pg. Jaya, Pimping
5.SK Saga-saga
6.SK Binsulok
7.SJK(C)Pei Yin
8.SK St. Patrick (PPIM sekolah berdaftar dengan PPIM Kebangsaan tetapi sekolah ini tidak mewujudkan PPIM Sekolah untuk disertai)
dan 3 buah PPIM Sekolah Menengah.
1. SMK Membakut
2. SMK Membakut II
3. SM St Patrick
Walaupun bergerak dalam bilangan PPIM Sekolah yang agak kecil dengan 11 pasukan dalam daerah ini namun PPIM Daerah Membakut terus bergerak seiring dalam usaha membangunkan dan membentuk anak-anak gadis yang perlu dijaga ini agar tahu menjaga diri, tahu menilai diri dan seterusnya tangkas perkasa seperti Tun Teja serta bijak umpama Siti Muslihat.Semoga kita mampu meneraju mereka ke arah hala tuju cemerlang..berilmu beriman beramal...

Norazman M.N. said...

Teruskan perjuangan kekandaku.... Tapikan kenyataan di atas ni baik masuk dalam posting supaya dapat dibaca semua orang...

Saya bangga mempunyai kekanda yang kuat semangat...