Wednesday, July 22, 2009
PROGRAM JEJAK KINABALU PPIM 2009
Puan Hjh Rosnah Hj Mohd Juni, Pemangku Pengerusi PPIM PN Sabah mengalu-alukan semua peserta..
Turut hadir Encik Mustapha Hj Sakmud, Presiden Majlis Belia Sabah
Pengalaman mendaki Gunung Kinabalu, pasti akan mengukir seribu kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan oleh sesiapa sahaja yang pernah melaluinya. Kenangan seindah dan semegah gunung yang tertinggi di Asia Tenggara yang menjadi tarikan pelancongan ini, menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dan penduduk Negeri Sabah khususnya. Atas kesedaran mempromosikan khazanah negara ini maka, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Perhubungan Negeri Sabah dengan kerjasama beberapa pihak berusaha untuk menjadikan program ini suatu realiti. Projek MEGA PPIM 2009 ini telah dapat meletakkan PPIM Negeri Sabah setanding dengan pertubuhan lain dalam menjayakan program prestasi tinggi setinggi Gunung Kinabalu. Program ini yang disenaraikan sebagai program Peringkat Kebangsaan telah dijayakan dan ditawarkan kepada ahli-ahli dan pemimpin PPIM di negeri-negeri di seluruh Malaysia. Pada 16 - 21 Julai 2009 dengan disertai oleh 62 orang peserta termasuk 10 orang Urusetia PPIM Negeri Sabah mengukir sejarah menjadikan program ini menjadi kenangan terindah buat semua. seramai 18 orang peserta dari Perak tiba seawal 1.20 petang di Lapangan Terbang Terminal 2, Kota Kinabalu pada 16 Julai 2009. Mempastikan masa mereka berharga Pengarah Program, Puan DK Saadiah Hj Ampuan Alimat bersama Puan Habsah Abol dan Puan DK Rosni Hj Pg Simpul membawa mereka ke tapak Festival Betitik (15-18 Julai 2009)di Putatan Point, Pekan Putatan. Pesta khusus etnik Bajau Putatan ini menjadi santapan mata kumpulan peserta pertama yang datang berkunjung ke negeri dibawah bayu ini.Jam 4.30 ptg, rombongan dibawa ke Hostel Kinabalu di Kompleks Sukan Likas (penginapan)sebelum bertolak ke lokasi program, Taman Kinabalu...
17 Julai 2009, Jam 8.00 pagi semua ketiga-tiga bas mula mendaki banjaran Croker..menuju Taman Kinabalu. Sebelum sampai di Taman Kinabalu, peserta dibawa singgah di Pekan Nabalu, Kedai kraftangan dan pemandangan indah dijanjikan. Jam 11.00 pagi semua peserta tiba diTaman Kinabalu. Dengan kerjasama Encik Martin di Taman Kinabalu pihak Taman Sabah menyediakan Tayangan Slide khas :(biasanya ditayangkan pada jam 2.00 petang) Tayangan Slide mengenai keindahan Gunung Kinabalu telah memukau peserta,keindahannya melambai memanggil kehadiran pendaki. Walaupun hanya tayangan selama 21 minit, maklumat yang diberikan melalui slide memberikan kepuasan kepada semua peserta seolah-olah dibawa bersama mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara ini. jam 1.00 petang, kami meneruskan perjalanan menuju Lohan Rest house di Poring, tempat kami menginap malam ini..Makan Tengahari sudahpun tersedia..selepas makan, semua peserta Check-in..setelah berehat sebentar dan menunaikan solat zohor, peserta bersedia untuk destinasi seterusnya. Jam 3.00 ptg, semua peserta bergerak menuju Sg Moroli di kg. Luanti Baru, kawasan Tagal ini merupakan tarikan pengunjung spa ikan. Setiba mereka di kawasan Tagal ini, peserta diberikan taklimat mengenai sistem tagal yang menyumbang kepada keseimbangan ekosistem dan sumber semulajadi yang tidak ternilai harganya. Sungai tersebut telah 3 tahun ditagal.. Sg Moroli bersambung dengan sg Sugut di Sandakan. Dengan bayaran RM5 setiap orang semua peserta mengambil peluang untuk merasai pengalaman dikerumuni ikan kela, lampam dan sebagainya. Saiznya yang agak besar mengundang rasa takut beberapa peserta. Namun,ada peserta yang ingin mandi bersama ikan-ikan ini. Pengalamannya pasti agak berbeza.. Peserta berasa bersyukur dengan anugerah Allah yang memberikan alam sekitar yang mmasih terpelihara ini. Sewajarnya dijadikan ikhtibar agar kita semua memelihara alam sekitar di atas bumi yang hanya SATU ini. Petang itu, semua peserta dibawa ke Pekan Ranau, Pasar Malam di Pekan Ranau yang bermula awal petang itu memberi peluang kepada semua peserta mengenali lebih dekat makanan tradisi Sabah (Sabah Taste). Setelah Makan Malam di Lohan Rest house dalam keadaan "gelap terang gelap terang" (blackput beberapa kali)majlis taaruf memberi peluang kepada semua peserta memperkenalkan diri.. Walaupun penat, mereka gembira..setakat hari ini semua aktiviti amat menyeronokkan. Akhirnya peserta berehat jam 11.30 malam, untuk mengumpul semula tenaga bagi menyambung agenda cabaran hari esok..
18 Julai 2009 Seawal jam 7.00 pagi, sarapan sudah tersedia, Jam 8.00 pagi peserta menuju destinasi seterusnya Poring..Taman Hot Spring di bawah kendalian Taman-taman Sabah. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugasan.. 4 fokas di Taman Hot Spring ini antaranya Taman Rama-rama, Canopy walk, Taman orkid dan Taman Tropika. Aktiviti Jungle Trekking, menjanjikan keindahan kawasan air Terjun Kopungit.. sebelum pulang tengahari itu para peserta sempat mandi atau berendam kaki di kolam air panas bagi melegakan kaki yang telah penat mengharung perjalanan di dalam taman..kehadiran Orang utan yang disangkakan patung memberikan "kejutan bonus" untuk peserta..ditambah lagi dengan pengalaman melihat sendiri bunga terbesar di dunia.. yang hanya kembang seminggu setelah sekian lama ditunggu ..Bunga Rafflesia jam 1.30 petang semua peserta makan tengahari di Lohan Rest House, kemudian Check out jam 2.00 petang. Sebelum ke Walai Tokou Homestay,Kg Sinisian, Kundasang, kami berkumpul di Kinabalu Pine Resorts (bersebelahan Homestay tersebut) memandangkan lokasi homestay yang berada di kaki bukit menghadap Gunung Kinabalu.. Beg-beg peserta dipunggah daripada bas ke atas kereta pacuan 4 roda oleh hero-hero yang ada bersama kami (pemandu & pembantu pemandu bas kami). Jam 5.30 petang peserta Jejak Kinabalu 2009 diagihkan kepada peserta Walai Tokou Homestay, Kali ini semua peserta diintergrasikan.
Jam 8.00 mlm; Yang Berbahagia Datuk Hamisah Yassin, Setiausaha Politik Kementerian Pelancongan, kebudayaan & Alam Sekitar selaku wakil Menteri tersebut menjadi hos Majlis Makan Malam bersama warga Homestay.. Persembahan daripada pemuzik pelbagai usia dan anak-anak generasi muda di Kampung itu telah berjaya menambat hati para peserta dengan persembahan muzik tradisi mereka. Lagu tema program Jejak Kinabalu 2009 "Sayang kinabalu" juga dimainkan.. Penyerahan Bendera PPIM kepada para pendaki yang mewakili semua peserta Jejak Kinabalu ini disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Hamisah Yassin kepada ketua peserta pendakian Cik Halimah Abd Rahman. Kali ini seramai 10 pendaki dengan disertai oleh seorang jurulatih kecergasan Encik Anuar Ibrahim membawa misi Pemimpin & Puteri PPIM ke puncak Kinabalu. 8 orang Guru Pemimpin dan 1 orang Ahli Puteri menyertai pendakian Gunung Kinabalu. Penyampaian Sijil Penyertaan kepada semua 62 orang peserta program ini, turut disampaikan ialah Sijil penghargaan kepada Taman-taman Sabah yang diwakili oleh Encik Palimin, tidak lupa kepada Walai Tokou Homestay diketuai oleh penyelaras homestay, Encik kohadie Watiman.. Cenderamata Penyertaan kepada PPIM Negeri Perak dan PPIM Negeri Johor dan diakhiri dengan cenderamata kepada Kementerian Pelancongan Kebudayaan & Alam Sekitar serta kepada Yang Berbahagia Datuk Hamisah Yassin selaku hos Majlis itu. Sebelum pulang ke rumah Homestay masing-masing, satu taklimat pendek mengenai aktiviti hari esok bagi panduan semua peserta. Puan Hjh Faridah Ahmad Rashidi (Ketua rombongan PPIM Perak) mewakili para peserta merakamkan penghargaan dan terima kasih semua peserta kepada PPIM Negeri Sabah yang memberikan peluang menyertai Jejak Kinabalu dan berharap ada lagi program seumpama ini diadakan kelak. Beliau turut memuji kecekapan urusetia ppim Negeri Sabah yang mampu memberikan yang terbaik untuk semua. Beliau kemudiannya mempersilakan Puan Rokiah Mustapha & Puan Sharifah Junaidah Syed Abd Rahman mewakili peserta PPIM Perak & PPIM Johor menyampaikan sumbangan ikhlas para peserta untuk Tabung PPIM Negeri Sabah.. Majlis diakhiri dengan acara bersalaman.
19 Julai 2009..Jam 7.00 - 8.30 pagi, para peserta mengambil kesempatan untuk bersama keluarga angkat masing-masing, ada yang berkesempatan mengunjungi ladang bunga dan strawberry keluarga selepas bersarapan pagi bersama. Jam 9.00 pagi bas mula bertolak meninggalkan Walai Tokou Homestay bersama kenangan.. Selepas Singgah di gerai buah & sayur di Pekan Kundasang, bas mara menuju Kota Kinabalu. Jam 11.15 pagi peserta tiba di Asrama Kompleks Sukan Likas. Peserta dari Semenanjung Malaysia dibawa bas menuju Bandaraya Kota Kinabalu. Fokas lokasi ialah Pasar Kraftangan Kota kinabalu dan Kompleks Sinsuran..Jam 5.00 petang, peserta berkumpul di perhentian bas berhampiran Pasar Besar Kota Kinabalu. Bas kemudiannya membawa semua peserta ke Masjid Negeri Sabah di Sembulan. Selepas Solat dan mengurus diri, sebilangan peserta dibawa makan malam di Tugu Peringatan Double Six, Sembulan (lokasi tragedi Kemalangan Kapal terbang yang meragut nyawa pemimpin Sabah ketika itu Tun Fuad Stephen; kini lokasi dibangunkan dengan kawasan rekreasi yang cantik, bersih dan lengkap dengan Foodcourt..Jam 7.30 malam semua peserta dibawa ke Lapangan Terbang Terminal 2, di Tanjung Aru, Kota Kinabalu untuk berlepas ke destinasi masing-masing.. Turut hadir menghantar pulang rombongan ialah Puan Dg Rukayah Hj Ampuan Mahmun, Setiausaha PPIM Negeri Sabah, Puan DK Saadiah Hj Ampuan Alimat selaku Pengarah Program Jejak Kinabalu 2009, Puan Asmah Salleh & Puan Habsah Abol selaku LO / Urusetia Program.
Dalam pada itu peserta pendakian sebelum bertolak ke Mesilau Nature Resorts petang itu, mereka mengambil kesempatan mengunjungi Memorial Mat Salleh di Kundasang, menurut mereka lokasi itu cantik dan patut dikunjungi peserta kelak. Mereka sempat merakamkan beberapa gambar untuk tatapan semua. Makan malam mereka dihidangkan steamboat..
Esoknya (20 Julai 2009) jam 9.00pagi, pasukan pendaki PPIM mula mendaki..(laluan mereka adalah yang terjauh di antara laluan yang ada..lebih 2 km daripada laluan Timpohon di Taman Kinabalu)..jam 6.50 malam mereka tiba di Laban Rata Resthouse, menginap di Gunting Lagandan.. (21 Julai 2009) Jam 3.00 pagi; pendakian ke puncak Kinabalu diteruskan..3 peserta pertama tiba di puncak tertinggi gunung Kinabalu seawal jam 6.30 pagi..peserta terakhir tiba dipuncak jam 8.30 pagi..setelah puas posing dipuncak, mereka mula turun menuju ke Timpohon Gate di Taman Kinabalu..Jam 6.30-7.30 malam semua pendaki sudah pun berada di Taman Kinabalu. Selepas Makan Malam, jam 9.00 mereka mula meninggalkan Taman Kinabalu menuju Kota Kinabalu. Jam 11.00 malam mereka disambut oleh Bendahari Kehormat PPIM Negeri Sabah Puan Hjh Rukayah Datuk Seri Panglima Haji Salleh. Mereka menginap di Komlpleks Tabung Haji, Kota Kinabalu disebabkan tidak larat untu memandu ke destinasi masing-masing. Esoknya (22 Julai 2009) jam 9.00 pagi, mereka sempat bersarapan dengan Puan Hjh Rukayah D.S.P Haji Salleh dan bertolak ke destinasi masing-masing.
Keseluruhannya program Jejak Kinabalu 2009 ini satu titik permulaan dan Negeri Sabah penuh dengan pelbagai lokasi untuk diterokai..terasa penat urusetia berbaloi bekerja keras menjayakan program ini. Terima kasih dan setinggi penghargaan yang tidak terbalas di atas kegigihan semua urusetia yang sentiasa menjadikan program jadi TERBAIK untuk Peserta: terpancar kepuasan di hati semua peserta pulang dengan kegembiraan dan keseronokan yang dikecapi, semoga dapat diceritakan dengan citra yang memukau hati setiap pendengar, menggamit rasanya untuk datang bertandang ke negeri di bawah bayu ini. KEJAYAAN program ini banyak disokong oleh semua peserta yang sentiasa mentaati masa yang begitu berharga buat semua. TABIK HORMAT kepada semua peserta mematuhi semua acara lebih teratur mengikut masa dibalik tag nama yang berikan untuk kenangan terpahat di minda..TERIMA KASIH BUAT SEMUA.. Wassalam.. Daripada Pengarah Program..DK Saadiah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment