Pages

Thursday, February 19, 2009

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 15 PPIM NEGERI SABAH

Setiausaha Kehormat PPIM Negeri Sabah Puan Dg Rukayah Hj Awang Mahmun memaklumkan pada 21 Februari 2009 akan berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PPIM Negeri Sabah kali ke 15. Kali ini, mesyuarat tersebut telah diadakan di SK Lahad Datu II. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Datuk Normah Gagoh, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah yang juga merangkap Pengerusi Bersama PPIM Perhubungan Negeri Sabah. Beliau mengingatkan seharusnya guru pemimpin melaksanakan tanggungjawab sebagai guru pemimpin PPIM dengan penuh tanggungjawab di samping tidak lupa akan core-business seorang guru. Menurut beliau sekiranya guru hanya melaksanakan ala kadar sahaja pasti hasilnya juga sekadar ala kadar juga. Beliau menyeru agar PPIM mampu bersaing dengan unit lain malah mungkin lebih baik dan menjadikan PPIM sebagai satu saluran membantu usaha membendung gejala sosial yang semakin berleluasa kini.


Mesyuarat ini dihadiri oleh lebih 120 orang guru pemimpin PPIM dari seluruh negeri Sabah yang terdiri dari 8 bahagian. Terdahulu dari itu berlangsung Seminar Pemantapan Pengurusan Pentadbiran PPIM yang disampaikan oleh Puan Dg Rukayah, Setiausaha Kehormat PPIM negeri Sabah yang juga seorang Jurulatih PPIM Negeri Sabah dan Puan DK Saadiah Hj Ampuan Alimat, AJK & Jurulatih PPIM Negeri Sabah yang juga AJK Majlis Tertinggi Majlis Belia Sabah.

Selaku hos mesyuarat kali ini PPIM Bahagian Lahad Datu sebuah persatuan yang baru (setelah dipisahkan daripada Bahagian Tawau) mempersiapkan lokasi mesyuarat di samping penginapan kepada semua yang hadir. Diketuai oleh Pengerusi PPIM,
antara 120 orang pemimpin yang hadir
Cik Hjh Saida Hj Othman dibantu oleh Setiausaha Kehormatnya Puan Normah Magharibi bekerja keras bersama Jawatankuasanya bagi mempastikan majlis ini berjalan lancar. Beberapa Usul yang akan dibincangkan kali ini menjurus kepada kepimpinan yang lebih mantap, ketelusan pengurusan dan pentadbiran yang proaktif serta usaha memperkasakan pelapis pemimpin PPIM diketengahkan bagi mempastikan PPIM mampu berswadaya dengan unit beruniform yang lain.
kelihatan antara ahli puteri dan guru pemimpin yang turut hadir...
Kumpulan Kompang PPIM SK Lahad Datu 4 bersama guru pengiring yang turut memeriahkan Majlis Perasmian Penutupan Mesyuarat tersebut.

2 comments:

PPIM NEGERI SABAH said...

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 15 di SK Lahad Datu 2 pada 21 Feb 2009 berlansung dengan jayanya. Tahniah buat PPIM Gabungan Lahad Datu yang telah berjaya melaksanakan tugas mengelola aktiviti ini dengan cemerlang. Seminar Pemantapan Pengurusan Pentadbiran & Pendedahan Pengurusan PPIM sekolah yang lebih berkesan diharapkan dapat membantu lebih 120 orang pemimpin PPIM dari seluruh negeri Sabah yang hadir dalam melaksanakan tugas urus tadbir di semua peringkat baik sekolah, daerah dan gabungan. Pesanan Datuk Normah Gagoh,Pengarah Pelajaran Sabah seharusnya dijadikan panduan untuk semua. Beliau menyeru agar semua pemimpin PPIM bergerak setanding dengan unit beruniform yang lain dan menasihati semua guru pemimpin agar melaksanakan kerja dengan bersungguh-sungguh dan berkesan dalam usaha membentuk & membangun modal insan iaitu ahli puteri disamping melaksana core-business sebagai pendidik. Menurut beliau "Seandainya kerja yang dibuat ala kadar sahaja pasti hasilnya pun ala kadar juga". Sekian.

PPIM NEGERI SABAH said...

GA