Pages

Sunday, November 29, 2009

PERKAMPUNGAN PUTERI SEMPENA KEMPEN SIHAT SOSIAL PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM) PERHUBUNGAN NEGERI SABAH

PERKAMPUNGAN PUTERI

SEMPENA KEMPEN SIHAT SOSIAL

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)

PERHUBUNGAN NEGERI SABAH

DENGAN KERJASAMA

KEMENTERIAN BELIA & SUKAN NEGERI SABAH

&

MAJLIS BELIA SABAH


1.0 PENDAHULUAN

Aspirasi Kempen 10S yang dianjurkan oleh Kementerian Belia & Sukan Negeri Sabah (KBSS) dengan kerjasama Majlis Belia Sabah (MBS) memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahli gabungan MBS untuk membangunkan para belia di Sabah khasnya dalam pelbagai aspek pembangunan modal insan. Bagi mencapai hasrat tersebut, kesemua 10 gabungan MBS telah diberi kepercayaan melaksanakan 10 aspek yang menjurus amalan dan gaya hidup sihat (10S). Sejajar visi dan misinya, PPIM telah diberi kepercayaan bagi melaksanakan Kempen Sihat Sosial yang menjadi salah satu aspek penting dalam membangunkan insan yang sihat. Sihat dalam erti kata seimbang dari segi sosial mahupun mental dan fizikal. Sesungguhnya PPIM sentiasa memberi fokus utama kesihatan sosial dalam usaha Pergerakan ini membangunkan sahsiah dan keperibadian ahli serta guru-guru pemimpinnya. Menerusi usaha pemantapan rohani, turut diberi penekanan adalah emosi yang seimbang, peningkatan daya intelek dan sentiasa bersemangat tinggi serta mampu berdaya saing.


2.0 RASIONAL

Kempen Sihat Sosial diilhamkan atas kesedaran serta kebimbangan terhadap berleluasanya gejala sosial yang menjadi ancaman utama kepada pembentukan jati diri khususnya remaja masa kini. Isu gejala sosial sudahpun menjadi isu global yang tidak perlu dipertikaikan lagi impak dan kesan buruknya kepada masyarakat. Semakin pantas manusia mengejar kemajuan, maka akan semakin kompleks dan sukar untuk kita membendung penyakit-penyakit sosial yang dibawa bersama-sama arus kemajuan itu. Sudah tiba masa dan ketikanya semua pihak serta seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama, berganding bahu bagi membasmi apa jua unsur serta anasir yang menjadi punca kepada permasalahan dan kebejatan sosial dalam masyarakat yang pesat dengan segala bidang kemajuan ini.


3.0 OBJEKTIF

3.1 Melaksanakan satu lagi program dwitahunan PPIM iaitu Perkampungan Puteri yang dirancang untuk ahli puteri selaras dengan visi dan misi PPIM ke arah melahirkan PUTERI yang SIHAT dari segi sosial,mental dan fizikal;

3.2 Memberi ruang dan peluang kepada para peserta untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti sosial yang sihat dan menarik, meliputi pelbagai bidang dalam pelaksanaan kurikulum PPIM, dalam bentuk Perkampungan Puteri PPIM;

3.3 menyediakan ruang pertemuan dan silaturrahim di antara puteri serta guru pemimpin PPIM dengan rakan-rakan dari unit gabungan MBS yang lain;

3.4 menyediakan ruang perkongsian maklumat serta ilmu di antara peserta berbilang kaum, agama serta latar belakang budaya;

3.5 melaksanakan Majlis Pelancaran Kempen Sihat Sosial yang menjadi agenda bersama Kempen 10s unit-unit gabungan MBS;


4.0 TARIKH & TEMPOH PELAKSANAAN

Pada 21 - 23 Disember, 2009 (3 hari 2 malam)


5.0 TEMPAT

SMK Agama Limauan, Kimanis, Papar, Sabah


# UNTUK KETERANGAN LANJUT.. HUBUNGI DK SAADIAH 013 860 6622

Sunday, November 15, 2009

MESYUARAT AGUNG PPIM PERHUBUNGAN NEGERI SABAH

MESYUARAT AGUNG PPIM PERHUBUNGAN NEGERI SABAH KALI KE 16 akan diadakan pada 01 Mac 2010 pada jam 11.00 pagi berlatarkan Borneo Golf Resorts, Beaufort - KK Highway.. Mesyuarat ini dijangka akan dihadiri oleh 80 orang guru pemimpin puteri dari seluruh Negeri Sabah mewakili 8 PPIM Perhubungan Bahagian. Bahagian Beaufort yang menjadi lokasi buat julung kalinya berlangsungnya mesyuarat tahunan ini .


Sebelum itu satu sesi taklimat akan dilaksanakan TAKLIMAT PENGURUSAN PERSATUAN "SECARA ONLINE" , taklimat ini akan mendedahkan kepada guru pemimpin bagi mengemaskinikan data, laporan secara online terus dengan PPIM Kebangsaan. Adalah diharapkan semua sekolah dapat menghantar sekurang-kurangnya seorang guru pemimpin puteri bagi mempastikan data & laporan PPIM sekolah sentiasa kemaskini. Pihak PPIM sekolah juga boleh memesan secara online segala keperluan PPIM Sekolah, Guru Pemimpin & Ahli Puteri PPIM.