Pages

Tuesday, February 15, 2011

KURSUS ASAS TAHAP 1 SIRI 1/2011

KURSUS ASAS TAHAP 1 SIRI 1/2011 @ SMK SIKUATI II, KUDAT

Tarikh 02 hingga 05 Februari 2011 mencatatkan satu lagi aktiviti Unit Latihan & Penilaian di mana 30 guru pemimpin menghadiri Kursus khas untuk pentauliahan guru pemimpin ini. Guru-guru pemimpin ini datang dari 3 daerah; Daerah Kota Marudu, Kota Belud dan Kudat dalam Bahagian Pantai Barat Utara. 10 orang guru pemimpin sekolah rendah dan 20 orang sekolah menengah. Selaku salah seorang ahli jawatankuasa Pentadbir PPIM, Puan Hajah Rosmih NC Jamari, telah menyediakan lokasi kursus dan persiapan yang lain di SMK Sikuati II, Kudat, Sabah.


Kursus ini telah dikendalikan oleh Jurulatih PPIM Negeri Sabah yang diketuai oleh Puan Hjh Rosnah Hj Mohd Juni, Puan Dg Ku Saadiah Hj Ampuan Alimat (yang juga bertindak selaku Penyelaras Kursus), Cik Halimah Abd Rahman, Puan Asmah Salleh, Cik Junndiah Majit, Puan Dg Ku Norizam Hj Ampuan Yusof, Puan Mariam Hj Aming, Puan DK Rosni Hj Pg Simpul dan Puan Hjh Saripah Hj Ghul Hassan. Turut hadir ke lokasi ialah Cik Noorazian Agus. Kursus kali ini mendapat bantuan daripada 4 Skuad sukarelawan Puteri dan 2 sukarelawan Putera yang merupakan pelajar SMK Matunggong, SMK Teknik, Kudat dan SMK Kota Marudu.

Kursus ini walaupun dalam bilangan yang agak kecil dari segi penyertaan namun kesuggguhan guru-guru pemimpin mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai PPIM amat memberikan semangat kepada semua baik kepada Jurulatih mahupun sesama mereka sendiri, apatah lagi kursus ini diadakan semasa cuti tahun baru cina. Para Peserta yang tepat masa dan sentiasa memberi perhatian yang penuh kepada bahan kursus yang disampaikan memberikan kejayaan yang amat bermakna kepada kursus ini.

Majlis Penutupan Rasmi Kursus ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Maimunah Haji Suhaibul, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Beliau amat menghargai kehadiran guru pemimpin yang sanggup mengorbankan cuti mereka demi menghadiri majlis ilmu seumpama ini dan berharap ilmu yang mereka dapat akan dipraktikkan bila pulang ke sekolah masing-masing kelak. Terdahulu daripada itu mengucapkan tahniah di atas kejayaan kursus ini dan mengucapkan syabas atas kejayaan mengadakan mesyuarat penubuhan penaja bagi cawangan, PPIM Perhubungan Daerah Kudat yang dipengerusikan oleh Puan Rokiah Binti Hj Hashim (SMK Abd Rahim); Daerah Kota Marudu oleh Puan Suati Binti Musah ( SK Ranau, Kota Marudu) dan Puan Siti Rohaya Binti Sudiro (SMK Usukan) mempengerusikan PPIM Daerah Kota Belud. Manakala Pengerusi bagi PPIM Perhubungan Bahagian Pantai Barat Utara ialah Puan Hajah Rosmih NC Jamari, Pengetua SMK Bengkongan, Kota Marudu, Naib Pengerusi PPIM Perhubungan Bahagian ialah Puan Sharina, Pengetua SMK Bandau, Kota Marudu.

Puan Hajah Rosnah hj Mohd Juni, Pemangku Pengerusi PPIM Negeri Sabah merangkap Pengerusi Penganjur amat berpuas hati dengan prestasi para peserta dan para jurulatih serta urusetia yang mempu melaksanakan kursus ini dengan baik sekali walaupun dalam tempoh masa yang agak singkat. Beliau amat berterima kasih kepada Timbalan Pengarah Pelajaran yang sudi meluangkan masa merasmikan kursus tersebut dan berharap pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sabah memberikan sokongan padu kepada PPIM Perhubungan Negeri Sabah bagi membolehkan PPIM di sekolah sekolah seluruh negeri Sabah dapat dilaksanakan selaras dengan kurikulum dan menjadi unit beruniform yang disegani dan disayangi.