Pages

Thursday, April 2, 2009

SEMINAR SEHARI PEMANTAPAN AQIDAH GENERASI MUDA



Seminar Sehari Pemantapan Aqidah Generasi Muda Peringkat Negeri Sabah telah berjaya dilaksanakan pada 26 Mac 2009. Penganjurnya, Jabatan Belia & Sukan (P) Negeri Sabah telah mengumpulkan lebih 400 orang Belia dari pelbagai unit NGO, Institut Perguruan Gaya, Persatuan akar umbi dan Politeknik Kota Kinabalu. Program sehari ini dijayakan bersama kerjasama tenaga penceramah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.



10 orang Ahli Puteri diketuai oleh Shazwani Bt. Ahmad, Ketua Puteri PPIM SMK Membakut II dan diiringi 2 orang Pemimpin Puteri PPIM SMK Membakut II, Puan DK Saadiah Hj Ampuan Alimat dan Cik Hjh Siti Ajar Hj Ali Hasan telah menyertai program ini mewakili PPIM Negeri Sabah.

Antara aktiviti dalam program ini termasuklah 2 ceramah dan satu sesi Forum yang semuanya menjurus mengenai aqidah, isu penyelewengan aqidah & perkaitannya dengan belia iaitu generasi muda hari ini. Majlis ilmu ini ditutup rasmi oleh Tuan Hj. Hashim Sintol, bagi pihak Pengarah Jabatan Belia & Sukan (P) Negeri Sabah; hadir sama di majlis penutupan program ini ialah Encik Mustapha Hj. Sakmud, Presiden Majlis Belia Sabah yang juga turut memberikan ucapan terima kasih kepada pihak JBS yang prihatin mengenai generasi muda hari ini yang merupakan pemimpin negara kita di masa akan datang.


No comments: