Pages

Sunday, March 8, 2009

SEMINAR PEMANTAPAN PENTADBIRAN & PENILAIAN PPIM GABUNGAN KOTA KINABALU

Seminar khusus untuk guru pemimpin PPIM dari sekolah-sekolah dalam Gabungan Kota Kinabalu berlangsung dengan jayanya pada 7 Mac 2009 di SMK Tansau, Putatan, Sabah. Lebih 40 orang guru pemimpin hadir pada majlis ilmu ini. 3 orang jurulatih PPIM Negeri Sabah dijemput selaku penceramah, Puan Dg Rukayah Hj Awang Mahmun, Setiausaha Kehormat PPIM Negeri Sabah menyampaikan tajuk Pengurusan & Pentadbiran PPIM, Puan Asmah Salleh menyampaikan ceramah Penilaian PPIM. Puan Dg Ku Saadiah Hj Ampuan Alimat pula menyentuh peranan guru PPIM Sekolah serta perkaitannya dengan Pelaksanaan PPIM di sekolah & Permasalahan Penilaian. Seminar sehari ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga jam 1 petang. Di akhir sesi seminar, Yang Berbahagia Datin Hjh Fatimah Hj Ali selaku Pengerusi PPIM Gabungan Kota Kinabalu menggesa semua guru yang hadir dapat melaksanakan Penilaian PPIM pada tahun ini. Beliau sendiri akan memantau keberkesanan aktiviti penilaian ini agar ahli PPIM dapat menerima Sijil kelayakan mereka seperti yang sepatutnya. Kesungguhan PPIM Gabungan Kota Kinabalu melaksanakan seminar ini harus menjadi inspirasi kepada semua yang hadir agar memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti PPIM di sekolah masing-masing.