Pages

Tuesday, April 28, 2009

PPIM BAHAGIAN BEAUFORT JOHAN BOLA JARING FIESTA SUKAN BELIA MALAYSIA NEGERI SABAH


Pada 25 April 2009 di Kompleks Jabatan Belia & Sukan (P) Sabah, Putatan, Sabah telah berlangsung Fiesta Sukan Belia Malaysia Peringkat Negeri Sabah. Encik Ponniah menguruskan 2 pertandingan tersebut yang disertai oleh 11 pasukan kesemuanya. Pergerakan Puteri Islam Malaysia telah menyertai Pertandingan Bola Jaring dan menurunkan 3 kumpulan peserta yang terdiri daripada PPIM Negeri Sabah, PPIM Bahagian Beaufort dan PPIM Daerah Beaufort. 4 kumpulan (3 dari PPIM)telah menyertai pertandingan ini yang juga disertai oleh ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) Negeri Sabah. 3 orang Pengadil daripada Persatuan Bola Jaring Negeri Sabah diketuai oleh Puan Suminah Kok, dibantu oleh Puan Israh Arifin dan Puan Mei Lin. Perlawanan dibuat secara liga, sebanyak enam perlawanan telah diadakan melibatkan 4 kumpulan tersebut. Turut dipertandingkan pada hari yang sama Pertandingan Futsal Lelaki. Hadiah disampaikan oleh Encik Kevin Lim, Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah. Turut hadir ialah Naib Presiden Majlis Belia Sabah Encik Suhailie dan beberapa orang Exco Majlis Belia Sabah antaranya Puan Dk Saadiah Hj Ampuan Alimat dan Encik Afwan. Pertandingan dianjurkan oleh Majlis Belia Sabah mewakili Negeri Sabah ke Fiesta Sukan Belia Malaysia Peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Ayer Keroh, Melaka pada 14 - 17 Mei 2009. Pertandingan Bola Jaring telah dimenangi oleh PPIM Bahagian Beaufort, Naib Johan disandang oleh PPIM Negeri dan di tempat yang ketiga oleh PPIM Daerah Beaufort manakala Pasukan Bola Jaring ABIM ditempat keempat.

Thursday, April 2, 2009

SEMINAR SEHARI PEMANTAPAN AQIDAH GENERASI MUDA



Seminar Sehari Pemantapan Aqidah Generasi Muda Peringkat Negeri Sabah telah berjaya dilaksanakan pada 26 Mac 2009. Penganjurnya, Jabatan Belia & Sukan (P) Negeri Sabah telah mengumpulkan lebih 400 orang Belia dari pelbagai unit NGO, Institut Perguruan Gaya, Persatuan akar umbi dan Politeknik Kota Kinabalu. Program sehari ini dijayakan bersama kerjasama tenaga penceramah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.



10 orang Ahli Puteri diketuai oleh Shazwani Bt. Ahmad, Ketua Puteri PPIM SMK Membakut II dan diiringi 2 orang Pemimpin Puteri PPIM SMK Membakut II, Puan DK Saadiah Hj Ampuan Alimat dan Cik Hjh Siti Ajar Hj Ali Hasan telah menyertai program ini mewakili PPIM Negeri Sabah.

Antara aktiviti dalam program ini termasuklah 2 ceramah dan satu sesi Forum yang semuanya menjurus mengenai aqidah, isu penyelewengan aqidah & perkaitannya dengan belia iaitu generasi muda hari ini. Majlis ilmu ini ditutup rasmi oleh Tuan Hj. Hashim Sintol, bagi pihak Pengarah Jabatan Belia & Sukan (P) Negeri Sabah; hadir sama di majlis penutupan program ini ialah Encik Mustapha Hj. Sakmud, Presiden Majlis Belia Sabah yang juga turut memberikan ucapan terima kasih kepada pihak JBS yang prihatin mengenai generasi muda hari ini yang merupakan pemimpin negara kita di masa akan datang.